18 October 2009

im back

aku dah kembali ke sini

07 August 2009

kantoi

entry sebelum ini terpaksa di delete kerana my dad dah tahu aku punya blog..
n dia dah tahu aku duk mengumpat dia
cesh..
sape2 yang bagtau tu memang nak kena libas la..
tak puas hati betul

LaLaLaLa


so how many faces can you see in this picture?
(sape dapat jawab aku bagi hadiah tau..)

03 August 2009

Persoalan

Pada pendapat anda adakah dengan menyertai perhimpunan membantah ISA itu adalah satu tindakan yang wajar untuk dilakukan?

P/S:  wajar ke kalau menyusahkan dan mengakibatkan banyak kerugian?Wajarke anak2 kecil yang tidak tahu apa2 diajak sama untuk berdemo?Tetapi kalau tidak diadakan demostrasi..masih ada cara lainkah untuk menghapuskan akta zalim yang menindas ini?


26 July 2009

Yahoo

UUM cuti selama seminggu kerana wabak H1N1 sudah mula merebak disini
selamat tinggal SINTOQUE

GOOGLE

24 July 2009

Kala Malam Bulan Tak Mengambang di Malam Jumaat..penghulu segala hari..hari penuh keberkatan..dikatakan juga hantu2 berkeliaran




busy betul hidup aku sekarang
movie dalam laptop bnyak lagi belum tengok
bilalah aku nak khatamkan semua tu
crita hantu..crita omputeh..crite indon semua ada
haih...drama2 jepun ngn korea pon bnyak lagi belum habis tengok kat mysoju
banyak lagi episod belum aku tengok..tak syok betul
maklumlah busy..sampai rambang mata nk pilih y mana satu kena tengok dulu
pastu semenjak 2 menjak lepas buat FB
sibuk bebenar aku duk upload gambar bebanyak
tu belum kira fs..tagged..mspace lagi tuh
saje nak tayang muka..tak kesah r muka buruk pon
asalkan muka aku
internet pon smakin hari semakin friendly ngn aku
maka tetiap ari la duk online
search itu search ini
chatting sana chatting sini
maklumlah id YM aku ada 4 sekaligus
muahahaha
internet free beb...bermaharajalela la aku
tu blum kira masa aku luangkan masa untuk tulis entry kat blog ni
huh..walaupun  busy aku tetap rasa macam aku ada bnyak masa lagi
enjoy  r dulu

tetapi
.
.
.
.
.
.
.
.


 
baru aku sedar
(tipulah kalau kata aku barus sedar)
aku nak cakap aku dah lama sedar

aku sanggup berjaga malam sampai kul 2 3 untuk on9
tp lansung takde masa nak bangun malam untuk solat tahajud

aku sanggup melekat tas katil selagi tak abiskan baca novel twilight yang tebal gedabak tuhh
tp kalau baca alquran..2 mukasurat je sehari.
kalau baca novel tuhh..
siap rajin lagi bukak kamus.. cari makna perkataan2 yang tak paham
takut miss babak2 y interesting
tp tafsir alquran..tak pernah nak khatam.
jadi ubat untuk tido ada la

bila kat umah aku cenderung buka channel AXN..HBO..ARUNA
paling komang pun aku bukak ASTRO CERIA
tengok geng bas sekolah
bila mak aku suruh buka FORUM PERDANA HAL EHWAL ISLAM
aku tak membantah
tp mak aku je la yang tengok
aku g layan geng SIMS lam komputer
bila line dah clear
aku tekan 8tv
tengok Amrican Idol
dasyat betul aku


walaupun aku ni bebal skit 
aku terfikir gak
(Renungan untuk kita semua)
Padahal Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih
kurang 40 HINGGA 50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya

"kita kan remaja..enjoy la dulu.Tua2 baru kita tobat"
hurm..ade ke sape2 yang dapat jamin aku akan hidup esok lusa tulat

P/S:Roh malam jumaat merasuk aku.
P/S1:Entry sekadar ingatan buat diriku yang selalu lupa
P/s2:bila aku nak berubah..?hny aku je yang bleh jwab..


21 July 2009

rama-rama terbang tinggi

Happiness is like a butterfly: the more you chase it, the more it will elude you, but if you turn your attention to other things, it will come and sit softly on your shoulder.

Henry David Thoreau

MyEm0.Com

paper n cut
green n yellow..a perfect combination
tumpahan air milo didinding
merosakkan pemandangan
nah..terbang sda si rama2 ni
nak bagi nama ape eh..?
comel tak..?
rama2 ni jantan ke betina eh..?
rama2 ni nk cari pasangan da..nk mengawan kot.kui3

P/S:hobi aku semasa dalam pantang...kui3.hilang stress.tak nak la aku mati macam MJ tue.
inspirasi dari colour me katie

20 July 2009

invisible me

tadi masa aku nak ambik duit kat ATM
ada budak junior course aku tegur

"Adik sem berapa..?Ambik law jugak eh?"

duhh..
betapa tidak popular nya aku disini..
kui3
nak je aku belasah
MyEm0.Com


P/S:..atau aku memang awet muda..
heheMyEm0.Comhehe

misteri betul

19 July 2009

SpEeDTeST

40 perkataan

Speedtest



40 perkataan

Speed test



37 perkataan

Speed test

can we just forgive and forget...?


Things You'll Need to forgive some one:

  • Feelings
  • Self honesty
  • Motivation
  • Strength
  • Acceptance
"just forget the grief and tears.Kalau kita sudi memaafkan dan melupakan kesalahan yang orang lain lakukan terhadap kita..aku percaya kita akan lebih bahagia.Buat apa nak marah sorang2..tetapi orang tu happy2 je lansung tak tahu kita marahkan dia.Tak rasa membazir ke perasanan marah kita tu".Kawan aku cakap tadi semasa kami sama2 lunch kat LAVENDER.

hurm..aku just angguk2.kunun2 setuju la tuh.

"Hehe...ko ingat aku ni ada penyakit amnesia ke bleh senang2 je nak lupa apa orang buat kat aku.Dan aku pun tak rasa kau dah lupakan apa yang "bestfriend" kamu dah buat pada kamu tempoh hari.Ingatan tu bukan benda yang boleh di delete atau dibackspace kan la.U just a human not an angel.Stop pretending that you are happy with her "Bisik aku dalam hati.

P/S:.pandai kamu berlakon..hehe!